Cara Mudah Dropship Shopee

Semenjak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, nak keluar beli barang pun dah susah. Apatah lagi nak pergi shopping mall. Jadi pembelian barang secara online sudah menjadi kebiasaan. Ramai melihat trend ini sebagai peluang untuk buat duit secara online.

Antara platform kedai online yang popular ialah shopee. Shopee ini boleh diumpamakan macam shopping mall yang besar, jadi ada pelbagai barang ada dijual disini.

Pernah tak anda terfikir nak berniaga di shopee? Nak berniaga apa di shopee? Alah nak berniaga di shopee, mesti perlukan modal yang besar!! Sebenarnya anda boleh berniaga tanpa modal atau modal minimum di shopee secara dropship.

Ada beberapa cara nak berniaga dropship shopee. Dalam artikel ini, saya nak kongsikan cara mudah dropship secara auto melalui website pembekal. Kenapa saya katakan dropship shopee secara auto kerana anda tak perlu ambil order, bungkus barang, whatsapp bayaran dan pos. Jimat masa kan?

Maii saya tunjukkan caranya.

Buat Dropship Shopee – Savevalue2u

Pernah dengar savevalue2u?

Savavalue2u ialah pembekal barang-barang trending di dalam shopee. Jadi barang-barang yang dibekalkan mempunyai permintaan.

Kenapa Anda perlu Buat Shopee Dropship dengan Savevalue2u?

Sebab utama ialah dropship Secara automatik dan produknya ialah produk trending terkini yang mempunyai permintaan tinggi.

bicara abam

Kenapa ia automatik?

Pertama: Pesanan secara automatik – Anda tak perlu ambik kisah untuk copy paste pesanan pembeli. Anda hanya perlu Sync akaun shopee anda dengan website pembekal. Semua akan update dengan sendiri.

Ke-2: Nombor tracking – anda tak perlu nak tulis dan hantar nombor tracking order kepada pembeli. Semua sistem akan lakukan. Anda hanya perlu monitor pengerakan parcel di akaun shopee anda.

Ke-3: Fokus kepada pemasaran dan jualan – anda hanya mencari pembeli sahaja kerana kerja pesanan, pembungkusan dan pembayaran diuruskan secara automatik antara Shopee dengan savevalue2u.

Ke-4: Baki stok diurus secara automatik – anda tak perlu kira berapa baki stok yang ada dalam tangan anda dan keluar masuk stok. Ini kerana savevalue2u yang sediakan.

Ke-5: Tidak ada minimum jualan – anda tidak dikenakan syarat berapa banyak anda kena jual. Satu pun boleh jual.

Ke-6: Pelanggan tak tahu pun Savevalue2U – Walaupun barang itu dipos oleh savevalue2u, tetapi pelanggan tak tahu kerana takda cop savevalue2u pada barang. Menarikkan?

Konsep Asas Dropship Shopee – savevalue2U

Asasnya ialah anda perlu satukan (integrate) akaun shopee anda dengan akaun savevalue2u anda.

Secara konsepnya, shopee ibarat shopping mall dan anda mempunyai kedai di dalamnya.

savevalue2u ialah syarikat pembekal barang kepada kedai anda atau dipanggil pemborong.

Jom kita tengok macam mana nak intergrate akaun shopee anda dengan savevalue2u

Langkah pertama : sign in akaun savevalue2u
Anda boleh sign in disini. jika anda masih belum ada akaun savevalue2u boleh tekan “create you account”

Langkah kedua : klik pada shop sync
selepas anda sign in, anda akan buka paparan seperti di dalam gambar. bahagian atas, ada “shop sync” dan klik.

Langkah ketiga : Klik butang “sync setting”
Dari dashboard, sebelah kiri panel tekan butang “sync setting”. akan keluar paparan seperti berikut.

Langkah keempat: Klik pada “edit button”.
dalam “sync setting” akan keluar platform online shopping yang boleh di sync. klik edit button sebelah paling kanan platform online seperti di dalam gambar.

Lagkah kelima : Klik pada butang connect now.
anda boleh klik pada butang connect now untuk satukan (integrate) akaun savevalue2u dan akaun shopee.

Langkah keenam : sign akaun shopee untuk pengesahan (verification)
Pastikan sebelum anda buat akaun savevalue2u, anda sudah mempunyai akaun shopee.

Tahniah!! Anda sudah berjaya “kahwinkan” akaun shopee anda dengan akaun savevalue2u.

Mudahkan berniaga Dropship Shopee?

Dapatkan tutorial Panduan Auto Shopee

Apa yang saya kongsikan ini hanya memberi konsep dan pendedahan am yang boleh membuka minda untuk belajar dropship secara praktikal.

Umpama iceberg, apa yang saya tunjukkan ialah luaran sahaja. banyak lagi anda kena belajar shopee dropship seperti cara letak harga, cara promosi kedai shopee, pemilihan courier service, program free shipping, cara deco kedai shopee dan sebagainya.

Saya cadangkan anda dapatkan tutorial panduan auto shopee. Tutorial ini ditunjukkan dalam bentuk video step by step cara meniaga dropship secara automatik bukan sahaja dari pembekal savevalue2u tetapi ada beberapa pembekal lain. Dalam panduan ini juga ada tunjukkan cara menjual di shopee secara praktikal.

Isi nama dan email anda.

saya akan tunjukkan cara bagaimana anda boleh dapatkan panduan auto shopee ini. Selepas anda isikan nama, email dan tekan butang “saya berminat” anda akan menerima email. Jika anda tidak menerima email sila check dalam SPAM dan PROMOTION di email anda.

baca juga :

1. Teknik Jual Produk di Shopee dengan Cepat – Ini Yang Anda Perlu Tahu.



Comments 1

Leave a Reply

Your email address will not be published.