Bisnes Shopee : 2 Cara Buat Duit Dengan Shopee – Cara Ke-2 Ramai Tak Tahu

Mesti Ramai tertanya-tanya bagaimana nak bisnes shopee dan  buat duit dengan shopee tanpa modal. Bukan ke, nak berniaga di shopee ini perlukan modal yang banyak? Sebenarnya, nak berniaga di shopee tidak perlukan modal yang banyak, malah anda boleh buat duit dengan shopee tanpa modal.

Baiklah!! dalam artikel ini saya akan kongsikan cara buat duit dengan shopee tanpa modal.


1. Dropship

Apa itu dropship? Dalam bahasa mudahnya, anda jadi agent jualan atau orang tengah.

Yang best bisnes dropship ini anda tak perlu nak pegang produk tapi anda hanya dapatkan gambar dan maklumat produk dari pembekal dropship.

Saya nak beritahu bisnes dropship di shopee ini ada 2 kaedah:

Kaedah pertama: Apabila anda dah dapat gambar dan maklumat produk dari pembekal dropship, anda pun update di kedai shopee. Bila ada pembeli yang nak beli produk di kedai anda, anda pun “forward” order ini kepada pembekal. Kemudian pembekal akan pos produk itu kepada pembeli.

Rumusan kaedah pertama ini, sebagai dropshipper anda perlu update gambar, maklumat produk, bilangan stok, dan tracking nombor pos di kedai shopee anda.

Tapi tahukah anda, ada kaedah dropship shopee yang lebih mudah iaitu kaedah kedua.

Kaedah kedua : Saya panggil sebagai Kaedah auto shopee. Kenapa saya panggil ia sebagai kaedah auto shopee? Sebabnya semua proses ialah secara auto. Anda tak perlu update gambar, tak perlu update maklumat produk, tak perlu nak update bilangan stok, tak perlu nak update tracking number postage dan tak perlu nak forward order pada pembekal. Baca Cara Mudah Dropship Shopee.

Mudahkan? Cara ini sesuai pada yang sibuk bekerja dalam masa yang sama nak dapatkan income tambahan. Saya cadangkan anda dapatkan Panduan Auto Shopee.

2. Affiliate

Apa itu affiliate? Senang cerita, affiliate marketing adalah anda akan dapat komisen apabila berjaya mempromosi dan menjual produk atau servis orang lain secara online.

Nak promosi affiliate shopee, anda perlu mendaftar pada rangkaian affiliate.

InvolveAsia ialah salah satu rangkaian affiliate yang menyediakan akses untuk anda menjadi affiliate shopee.

Mai saya tunjukkan bagaimana anda boleh buat duit dengan shopee tanpa modal iaitu melalui affiliate shopee.

1. Klik Disini untuk mendaftar sebagai affiliate marketer shopee.
2. Hasilkan link affiliate bagi setiap produk atau service yang nak di promosikan.
3. Anda boleh promosikan menerusi blog, facebook, instagram, mahupun twitter. Anda boleh hasilkan konten produk yang mahu dipromosikan
4. Kongsikan konten anda melalui blog, facebook, youtube, instagram atau twitter.
5. Apabila follower anda klik pada link affiliate dan membeli produk atau servis, anda akan dapat komisen.

Mudahkan?

Apa Perbezaan Dropship Shopee dan Affiliate Shopee?

Pertama, kedua-duanya tak memerlukan modal.

Kedua, dari segi khidmat pelanggan, bisnes shopee secara dropship memerlukan dropshipper melayan pelanggan tetapi affiliate shopee anda hanya promosikan link produk, yang akan melayan pelanggan adalah penjual.

Pada anda yang belum mulakan buat duit dengan shopee, bertindak sekarang. 

Leave a Reply

Your email address will not be published.